Cara Tambah Belian Gap

Untuk belian pertama kali Gold Accumulation Program (GAP), kena guna kaedah manual, iaitu wassap terus kepada Public Gold sebagaimana panduan yang saya sediakan dalam artikel “Cara Buka Akaun GAP“. Tetapi untuk tambah belian, anda boleh terus tambah melalui website. Ia lebih memudahkan sebab kita cuma upload slip bayaran di website dan lebih mudah ‘monitor’ progress pembelian tersebut.

Untuk penambahan belian di website ini, tak perlu lagi guna whatsup (sebagaimana belian pertama). Tetapi bagi sesiapa yang mempunyai masalah untuk akses internet, masih boleh terus menggunakan kaedah whatsup tersebut.

Untuk tambah belian melalui website, ikut sahaja langkah di bawah ini:

Lepas login web www.publicgold.com.my, pilih Option “My GAP”. Kemudian klik pada “PURCHASE”

Screen begini akan keluar.. pilih cara bayaran yang kita buat sama ada Pay Online atau Bank in.. selepas itu pilih payment date and time kita membuat bayaran… klik “Next”

Isi maklumat-maklumat yang diperlukan… jangan lupa attachment/upload slip bayaran.. akhir sekali klik “Place Order”

Proses pembelian akan makan masa selewat-lewatnya 2 hari bekerja dan sekiranya belian anda masih belum update dalam statement, contact cawangan Public Gold terdekat untuk mereka buat semakan.

Mudah.. Senang.. Easy.. hihi

Lihat juga :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *