Pengeluaran Emas Fizikal GAP

Emas tu boleh disimpan dengan Public Gold sampai bila-bila masa tanpa sebarang caj (ianya percuma). Kalau nak simpan sendiri, boleh keluarkan emas fizikal pada bila-bila masa.

Untuk keluarkan emas fizikal, datang sahaja ke mana-mana cawangan Public Gold, tunjuk I/C, dan bayar caj premium atas setiap keping emas tu. Boleh pilih sebarang item emas LBMA samada dalam bentuk GOLD BAR atau DINAR, asalkan cukup baki gram yang ada dalam akaun GAP tu. Tapi sebelum datang, pastikan call dulu office Public Gold untuk mereka simpankan stok / item yang kita nak tu.

gold bar 999 24k lmba public gold

Antara item gold bar yang boleh dipilih bila nak buat pengeluaran nanti. Item yang boleh dipilih gold bar 1 gram (pelbagai design), 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, dan 250 gram.

dinar emas 24k 999 public gold

Boleh juga keluarkan dalam bentuk dinar; 1/2 dinar, 1 dinar, 5 dinar, dan 10 dinar. 1 dinar beratnya 4.25 gram.

design gold bar 1 gram public gold

Boleh juga pilih pelbagai design gold bar 1 gram. Public Gold sentiasa keluarkan design yang baru dari semasa ke semasa. Untuk lihat design terkini emas Public Gold, KLIK DI SINI.

emas public gold premium ogos 2017

Ini senarai caj premium atas setiap keping emas fizikal yang dikeluarkan. Cajnya mengikut setiap item yang dikeluarkan, bukan mengikut gram. Dulu, caj premium ini dinamakan “Transportation Cost”. Ia kos penghantaran ke cawangan terdekat dengan kita untuk setiap keping emas / silver yang kita beli.

Berdasarkan caj dalam jadual di atas, kalau keluarkan gold bar 1 gram sebanyak 5 keping, maka cajnya RM10 x 5 keping = RM50. Kalau keluarkan gold bar 5 gram sekeping, maka cajnya cuma RM10 x 1 keping = RM10. Lagi besar saiz item yang dipilih, caj premium lebih murah.

Lihat Juga :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *